"Bunga ialah struktur pembiakan untuk tumbuhan berbunga, iaitu tumbuhan-tumbuhan dalam divisi Magnoliophyta (juga dipanggil angiosperma). Bunga mengandungi organ-organ tumbuhan, dan fungsinya ialah untuk menghasilkan biji-biji
melalui pembiakan. Untuk tumbuhan-tumbuhan yang bertaraf lebih tinggi,
biji-biji merupakan generasi yang berikut, dan bertindak sebagai cara
yang utama untuk penyebaran individu-individu sesuatu spesies secara
luas. Selepas persenyawaan, sebahagian daripada bunga itu akan berkembang menjadi buah yang mengandungi biji-biji.
Alangkah indahnya kejadian bunga...Thank You Allah...
Bunga merupakan ciptaan semulajadi cantik yang telah dikurniakan oleh Allah swt untuk kita nikmati keindahannya. dari bunga lahirnya biji dan seterusnya tumbuhan yang akan berbakti kepada manusia...begitulah hukum karma yang telah di tetapkan oleh Allah swt. Setiap kejadian umpama kelahiran seorang manusia dari benih bercambah menjadi janin dan seterusnya menjadi seorang manusia...
Ramai di kalangan kita tidak menyukai hiasan bunga, malah ada yang mengatakan ia membazir dan mendatangkan mudarat kepada mereka seperti menyimpan habuk dan sebagainya. Gubahan bungan tidak kira bunga tiruan(artificial flower), bunga segar atau bunga kering adalah mudah penjagaannya sekiranya tahu bagaimana carannya.
Kami di Ilham IRIZ, sedar akan keunikan kejadian bunga ini, cuba untuk mengketengahkan dan memperjuangkan agar bunga-bungaan turut dijadikan sebahagian dari kehidupan kita dan seharusnya kita menghargai keunikan ciptaanNYA. Terima kasih juga kepada pencipta bunga tiruan(artificial flower) memberikan kami inspirasi untuk meneruskan perjuangan kami.
Kami abadikan keindahan bunga di dalam gubahan-gubahan dengan pelbagai tema untuk hiasan ruang peribadi, ruang rumah, tempat kerja atau mana-mana ruang komersial agar kelihatan sentiasa cantik.
Keunikan gubahan bunga dari Ilham IRIZ, setiap pelanggan hanya akan memiliki idea kami secara
tunggal di mana setiap gubahan yang kami hasilkan hanya akan menjadi
milik seorang pelanggan sahaja. Kami tidak akan mengulang reka bentuk
yang telah kami hasilkan dua kali walaupun material yang kami gunakan
adalah sama.
Gubahan bunga-bungaan hidup ataupun tiruan memerlukan belaian, akan melahirkan perasaan ketenangan serta kasih sayang tanpa sempadan dan seterusnya memberi keceriaan dalam hidup kita. Bunga keindahanmu adalah TERAPI kehidupan kami , agar sentiasa penuh dengan kasih sayang dan ceria selalu.
No comments:
Post a Comment