Tuesday, October 8, 2013

Pernah bertapak di Presint 15 Putrajaya dan sekarang di Subang Jaya

Asssalammualaikum wbt,

Entry kali ni just nak kongsi dengan pembaca/pelanggan...dalam kenangan yang manis kami pernah beroperasi di Putrajaya selama lebih kurang 3 bulan. Sambutan dari orang Putrajaya memang menggalakkan, cuma apa yang menyukarkan kami adalah ruang kedai yang agak sempit dan sewa yang agak mahal. Malahan antara faktor lain susah juga biras nak datang untuk pantau dan jaga kedai.

Pengalaman kami di sana memang tidak akan kami lupakan. Sambutan positif dari pelanggan memandangkan tiada kedai gubahan hantaran, bunga dan gift di kawasan Putrajaya kalau ada pun florist fresh flower menawarkan perkhidmatan dengan harga yang agak tinggi dan sesuai untuk golongan elite. Ada juga yang walkin minta tolong bungkuskan hadiah, buat sirih junjung, adhoc hantaran, jambangan bunga hari guru, bunga kereta, mencari barangan keperluan asas seperti pelilit, gam silikon, reben dan sebagainya.

Terima kasih kepada pelanggan yang datang dari pelbagai kaum dan bidang kerjaya kerana sudi menyokong dan menggunakan perkhidmatan kami sepanjang kami beroperasi di Putrajaya.

Bagi notis kepada tuan kedai, mula packing dan pindahlah kami dan barang-barang dengan lori 1 tan. Alhamdullilah tuan kedai pun faham, beliau turut memberi ucapan tahniah dan mendoakan kami berjaya di tempat baru. thanks Datin...(^__^)































Hapening budak-budak ni masa tu...cuma masa tu kedai tu open air, tepi jalan besar agak terdedah dengan bahaya kalau si kecik tu terlepas...aduhai nangis airmata darah pun tak guna.
















Parents yang turut menyokong kewujudan Ilham IRIZ di Putrajaya.

Alhamdullilah, Dengan izin Allah, masuk bulan ke tiga kami berpindah ke kedai baru di kawasan Subang Jaya (USJ 20)...kali ni dengan suasana yang lebih selesa dengan kos sewa yang lebih murah. thanks to biras, gigih beliau mencari ruang dan peluang untuk bertapak dengan lebih kukuh. Syukur juga ke hadrat Allah kali ni dengan keadaan yang lebih proper, buat bacaan yasin, susun atur kedai ala-ala konsep dalam rumah khas untuk keselesaan kepada siapa saja yang datang berkunjung..

















Kemas punya kemas......Inilah hasilnya.......























Haaaa kan....ruang yang lebih selesa..tengok tu...anak-anak pun selesa......setiap kejadian ada hikmahnya....Apa lagi mailah ramai-ramai datang turun kedai di USJ 20. pasti layanan istimewa dengan pakej perkhidmatan yang menarik menanti anda...

ceria selalu (^__^)...



2 comments: