Perkahwinan

Perkahwinan merupakan satu ikatan suci murni di antara dua insan dan kami doakan semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Kami turut menyediakan perkhidmatan bagi membuat gubahan hantaran pertunangan, hantaran perkahwinan, personalize bunga telur, personalize wedding gift, personalize paper bag dan penyediaan goodies untuk para tetamu.

Gubahan Hantaran Pertunangan mahu pun Hantaran Perkahwinan dari kami mempunyai kelebihan tersendiri yang perlu di rasai sendiri oleh pelanggan kami. Keistimewaan kami adalah kami kembali menghidupkan semula seni lipatan gubahan serta menawarkan beberapa pakej yang menarik dan bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Kami turut membantu pelanggan kami memberikan ilham dan idea yang terbaik bagi memeriahkan memori indah mereka.

Gubahan kami turut diabadikan dan dikongsikan bersama di dalam Majalah Pesona Pengantin untuk tatapan rakyat Malaysia dan menjadi sumber inspirasi kepada bakal pengantin seluruh Malaysia. Jika bernasib baik ada juga Hantaran Pelanggan yang akan kami abadikan di dalam Majalah Pesona Pengantin.

Antara pakej yang kami tawarkan :-

- Pakej Budget (Dari RM300++)
- Pakej Nak Cantik (Dari RM500++)
- Pakej Ekslusif (Dari RM800++)

Kami juga turut menyediakan perkhidmatan sewaan tapak hantaran, bekas hantaran serta dulang hantaran.
Turut tidak ketinggalan menyediakan perkhidmatan membuat Sirih Junjung, Bunga Kereta, Bunga tangan (artificial dan segar) dan sebagainya.


Antara kelebihan lain kami lagi, sekiranya pelanggan membuat hantaran menggunakan artifial flower, pelanggan bolehlah membawa pasu/bekas kepada kami dan kami akan menggubah bunga tersebut  secara percuma untuk hiasan rumah mereka kelak.

No comments:

Post a Comment