Jahitan manik merupakan satu seni yang memerlukan kesabaran
yang sangat tinggi. Ini adalah kerana jahitan ini memerlukan fokus dan
ketekunan yang mendalam dengan hati yang penuh dengan keinginan agar hasil
jahitan cantik dan disukai oleh pelanggan yang memberi tempahan.
Keistimewaan jahitan manik kami adalah 100% hand made dengan
design tersendiri…menggunakan lembar benang yang lebih tebal dan memastikan
jahitan kuat dan tidak mudah longgar atau terbuka. Jahitan manik yang ditawarkan
adalah baju kurung, kebaya, baju melayu, baju kanak-kanak, gaun/dress kanak-kanak,
tudung, baju nikah dan macam-macam lagi atas permintaan pelanggan. Tempoh masa
jahitan boleh disiapkan adalah bergantung kepada design yang di minta.
Jahitan manik sememangnya rumit namun demikian ia sangat
cantik di pakai oleh peminat jahitan manik di baju mereka.
No comments:
Post a Comment