Mengenai Kami

Assalammualaikum wbt...Salam Sejahtera,

Ilham IRIZ telah diwujudkan secara dalam talian sejak 2007 yang hanya memberikan perkhidmatan penyediaan goodies untuk tetamu sahaja. Ilham IRIZ di fotopages  

Pada mulanya Ilham IRIZ diilhamkan oleh kami suami isteri (Intan dan HafiZ) yang pada masa itu baru memiliki seorang anak yang bernama Muhammad Hazim MugRI....So kami telah sepakat untuk mengabadikan kasih sayang dan cinta kami di dalam nama yang diberikan sebagai Ilham IRIZ.

Ilham IRIZ kami wujudkan adalah teristimewa sempena minat kami yang sangat mendalam dalam bidang hias-menghias juga membuat hantaran perkahwinan, pertunangan dan penyediaan goodies untuk para tetamu. Kami abadikan perkhidmatan ini sebagai tanda ingatan perkahwinan kami agar sentiasa segar dalam memori.

Kini Ilham IRIZ meluaskan kasih sayang dengan perkongsian di antara dua(2) biras yang mempunyau minat yang sama dalam bidang hias-menghias iaitu seperti gubahan bunga-bungaan, gubahan hantaran, hamper, gift dan personalize goodies untuk tetamu dengan tema "We share our passion with others"

Keistimewaan kami di Ilham IRIZ kami memberikan idea dan gubahan mengikut citarasa dan kesukaan pelanggan kami di samping membantu memberikan pendapat dan idea yang terbaik kepada pelanggan kami.

Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang sentiasa menyokong kami. Kepada mereka yang berminat untuk berkongsi hari bahagia anda dengan kami boleh berhubung dengan kami seperti maklumat berikut:-

Ainun (019-2991001) atau Intan (012-9108400)
emel : ilhamiriz36@yahoo.com || ilhamiriz2013@gmail.com


atau kunjungi kedai kami di USJ 20 di alamat : No.3, Jalan USJ20/9, USJ 20 Subang Jaya. 

Ceria-ceria selalu...(^__^) dari kami di Ilham IRIZ sekeluarga.

No comments:

Post a Comment