Showing posts with label Selamat Datang. Show all posts
Showing posts with label Selamat Datang. Show all posts

Saturday, January 4, 2014

Warm Greeting on 2014



There will be a lot of story and sweet memories to be share with others, best and warm greeting from us in 2014...Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya...aminnnn......

Tahun 2013 merupakan tahun yang banyak mengajar kami....serta kejayaan demi kejayaan telah kami ciptakan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Bermula dengan pembukaan kedai di Putrajaya kemudian kami beralih ke lokasi yang lebih selesa dan luas di Subang Jaya....alhamdullilah memeberi ruang yang lebih selesa kepada pelanggan yang datang singgah di kedai kami. 

Terima Kasih kepada semua pelanggan yang telah memberikan kepercayaan kepada kami. Koleksi bunga-bungan menawan hati kami bawakan terus kepada anda..dengan menyertai beberapa karnival seperti Raudhah dihatiku Anjuran TV9 di Masjid As Salam dan di masjid Al Falak. begitu juga outreach kepada anda di Masjid As Salam, banyak memberikan maklumat kepada para bakal pengantin.

2014, tahun yang agak mencabar dengan kenaikan kos sara hidup yang sangat tinggi. Namun demikian kami yakin dengan pakej-pakej menarik bersesuaian dengan kehendak pelanggan insyaAllah. kami akan buat yang lebih baik dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan kami.

Selamat Pengantin Baru kepada anda yang bakal menjadi pengantin, juga selamat bertunang kepada anda yang bakal bertunang akhir sekali selamat tahun baru 2014.

 

Tuesday, October 8, 2013

Pernah bertapak di Presint 15 Putrajaya dan sekarang di Subang Jaya

Asssalammualaikum wbt,

Entry kali ni just nak kongsi dengan pembaca/pelanggan...dalam kenangan yang manis kami pernah beroperasi di Putrajaya selama lebih kurang 3 bulan. Sambutan dari orang Putrajaya memang menggalakkan, cuma apa yang menyukarkan kami adalah ruang kedai yang agak sempit dan sewa yang agak mahal. Malahan antara faktor lain susah juga biras nak datang untuk pantau dan jaga kedai.

Pengalaman kami di sana memang tidak akan kami lupakan. Sambutan positif dari pelanggan memandangkan tiada kedai gubahan hantaran, bunga dan gift di kawasan Putrajaya kalau ada pun florist fresh flower menawarkan perkhidmatan dengan harga yang agak tinggi dan sesuai untuk golongan elite. Ada juga yang walkin minta tolong bungkuskan hadiah, buat sirih junjung, adhoc hantaran, jambangan bunga hari guru, bunga kereta, mencari barangan keperluan asas seperti pelilit, gam silikon, reben dan sebagainya.

Terima kasih kepada pelanggan yang datang dari pelbagai kaum dan bidang kerjaya kerana sudi menyokong dan menggunakan perkhidmatan kami sepanjang kami beroperasi di Putrajaya.

Bagi notis kepada tuan kedai, mula packing dan pindahlah kami dan barang-barang dengan lori 1 tan. Alhamdullilah tuan kedai pun faham, beliau turut memberi ucapan tahniah dan mendoakan kami berjaya di tempat baru. thanks Datin...(^__^)































Hapening budak-budak ni masa tu...cuma masa tu kedai tu open air, tepi jalan besar agak terdedah dengan bahaya kalau si kecik tu terlepas...aduhai nangis airmata darah pun tak guna.
















Parents yang turut menyokong kewujudan Ilham IRIZ di Putrajaya.

Alhamdullilah, Dengan izin Allah, masuk bulan ke tiga kami berpindah ke kedai baru di kawasan Subang Jaya (USJ 20)...kali ni dengan suasana yang lebih selesa dengan kos sewa yang lebih murah. thanks to biras, gigih beliau mencari ruang dan peluang untuk bertapak dengan lebih kukuh. Syukur juga ke hadrat Allah kali ni dengan keadaan yang lebih proper, buat bacaan yasin, susun atur kedai ala-ala konsep dalam rumah khas untuk keselesaan kepada siapa saja yang datang berkunjung..

















Kemas punya kemas......Inilah hasilnya.......























Haaaa kan....ruang yang lebih selesa..tengok tu...anak-anak pun selesa......setiap kejadian ada hikmahnya....Apa lagi mailah ramai-ramai datang turun kedai di USJ 20. pasti layanan istimewa dengan pakej perkhidmatan yang menarik menanti anda...

ceria selalu (^__^)...



Wednesday, January 2, 2013

Menerima Tempahan Gubahan Bunga, Hantaran, Hamper, Jahitan Manik, Kraftangan & pelbagai hadiah untuk pelbagai hari istimewa

Assalammualaikum wbt / Salam Sejahtera,
Kami  menyediakan perkhidmatan seperti berikut :-
  • Gubahan Bunga hiasan di rumah, pejabat dan pelamin
  • Gubahan Hantaran (Perkahwinan / Pertunangan)
  • Goodie Bag and Gift (Goodies perkahwinan / pertunangan / cukur jambul dan sebagainya)
  • Hamper (Kelahiran baby, melawat orang sakit, house warming, office warming, korporat, festival dan sebagainya )
  • Jahitan Manik  (Baju Kurung / Baju Melayu / Baju Kanak-kanak)
  • Kraftangan

Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan, Sila hubungi maklumat seperti berikut :-
    SMS / Whats app: Ainun (0192991001) || Intan (012-9108400)
    Email : ilhamiriz@yahoo.com / ilhamiriz2013@gmail.com
    facebook : ilhamIRIZ dan ilhamIRIZflorist
    atau boleh kunjungi kami di alamat No.3, Jalan USJ20/9, USJ 20 Subang Jaya. 



    Masa operasi : 9.30 pagi - 6.00 ptg (Setiap hari) juga boleh membuat temujanji

    Tema : We share our passion with others...

    ceria-ceriakan hidup anda selalu....(^__^)

    Wednesday, January 4, 2012

    Ahlan Wasahlan 2012

    Assalammualaikum wbt

    Salam 2011...ahlan wasahlan 2012....

    Sebenarnya terlalu banyak pengalaman yang telah dilalui sepanjang tahun 2011. kenangan pahit dan manis...bekerja di UPU, jelajah KPTN 2011 kali ke 7 kesana kemari, bertugas sebagai pen.peg.IT...banyak cabaran dalam melayani karenah pelanggan yang terdiri dari masyarakat umum khususnya para pelajar...

    tapi dalam kesibukan yang melampau Alhamdullilah rezeki saya membawa kandungan selama 9 bulan dan akhirnya selamat melahirkan pada 7 Oktober 2011 (3.55 ptg) seorang puteri seberat 2.5kg...syukur sangat2....

    Sempat lagi belajar jahitan manik.....serta membuat hantaran untuk sepupu....hehehehe....jom tengok sebarang dua kraftangan saya (^__^)

    Baju Che Ah....lama tersimpan sebab kononnya petua orang-orang tua kata masa mengandung tak boleh menjahit kesia Che Ah tapi alhamdulillah dia suka baju dia....cayang Che Ah...
    

    Apa pun terima kasih yang tidak terhingga kepada pembaca blog yang budiman kerana masih setia bersama saya.



    Thursday, December 15, 2011

    Ceria-ceriakan hidup anda...

    Orang kata hidup kita ni seketika sahaja. Diberi peluang bersama insan-insan tersayang. Oleh itu hargailah mereka sentiasa.

    Tips Kelab Mama Dumex hari ini
    "Puji Si Manja bila dia bersikap baik/mengikut arahan. Elakan dari memukulnya jika Si Manja menunjukan nakal/degil